PPRuNe Forums - View Single Post - asmara air
Thread: asmara air
View Single Post
Old 2nd Apr 2006, 10:16
  #26 (permalink)  
satumare
 
Join Date: May 2003
Location: East of Suez
Posts: 56
Likes: 0
Received 0 Likes on 0 Posts
In the news today( Utusan and Bernama websites) (02 APR 06 )

smara Airlines jadi pesaing baru AirAsia, MAS

Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 1 Apr.. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan yang dijangka beroperasi pada tahun ini.

Syarikat penerbangan yang diberi nama `Asmara Airlines' akan menjadikannya syarikat penerbangan ketiga dan memulakan perkhidmatan awal dalam sektor domestik.

Pada masa kini, kaunter syarikat Asmara Air Services telah pun beroperasi di Terminal Tiga di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Sumber-sumber industri penerbangan memberitahu Utusan Malaysia hari ini, syarikat penerbangan ketiga yang akan beroperasi secara tambang murah itu telah pun didaftarkan dan mendapat kelulusan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, pada masa kini usaha-usaha sedang dilakukan untuk mengambil kakitangan penerbangan yang mahir bagi mengendalikan pesawat-pesawat yang akan dibeli tidak lama lagi.

``Penerbangan ketiga ini diperlukan oleh negara kerana operasi penerbangan secara tambang murah ini semakin mendapat tempat di Malaysia,'' katanya.

Menurutnya, buat permulaan operasi syarikat penerbangan ketiga itu dibuat untuk keperluan domestik dan selepas itu ia akan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Malaysia kini mempunyai dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) yang menumpukan kepada laluan antarabangsa dan domestik dan AirAsia yang memperkenalkan tambang murah dan kini semakin berkembang di rantau ASEAN.

Utusan Malaysia difahamkan, pada masa kini, pihak yang menjalankan operasi penerbangan itu sedang berunding dengan MAS untuk membeli dua buah pesawat untuk keperluan operasi pertamanya tidak lama lagi.

``Kami yakin syarikat yang diluluskan lesen penerbangan itu akan memulakan penerbangan sulungnya awal tahun depan berdasarkan persediaan pihak syarikat untuk mendapatkan teknologi terkini dalam industri penerbangan bagi memulakan operasi mereka.

``Ini ditambah lagi pihak yang terlibat sudah pun mendapat lesen,'' katanya.

Difahamkan pihak yang terlibat di belakang operasi penerbangan ini ialah seorang tokoh korporat muda dari Perak.
satumare is offline